
Penjagaan Alat Bantu Pendengaran Jarak Jauh dan Telekonsultasi
Dengan aplikasi Oticon Companion kami, anda boleh menikmati perkhidmatan penjagaan jarak jauh dan telekonsultasi bersama audiologis kami dari mana sahaja anda berada!

Apakah Itu Penjagaan Alat Bantu Pendengaran Jarak Jauh?
Perkhidmatan penjagaan alat bantu pendengaran jarak jauh kami membolehkan anda berhubung dengan profesional penjagaan pendengaran kami dari keselesaan rumah anda. Pelarasan, ujian masa nyata dan konsultasi boleh dilakukan menerusi aplikasi Oticon Companion tanpa perlu hadir sendiri, menjadikan penjagaan pendengaran lebih mudah dan senang diakses.
Manfaat Penjagaan Alat Bantu Pendengaran Jarak Jauh
Temui manfaat penjagaan alat bantu pendengaran jarak jauh dan ketahui bagaimana ia boleh menjadikan pengurusan kesihatan pendengaran anda lebih mudah dan senang berbanding sebelum ini.

Menjimatkan masa

Pelarasan masa nyata

Percuma digunakan*
*Terma dan syarat dikenakan. Sebagai contoh, anda perlu menjadualkan temu janji dengan audiologis anda, dan perkhidmatan ini hanya terpakai pada waktu operasi serta tidak terpakai kepada pesakit hospital.

Bersedia untuk Konsultasi Jarak Jauh
Apa yang anda perlukan:
- Alat bantu pendengaran Oticon* dengan Bluetooth® 2.4 GHz
- Peranti iPhone, iPad atau Android yang serasi*
- Aplikasi Oticon Companion
- Sambungan Internet yang stabil dengan kelajuan minimum yang disyorkan 1/1 Mbit/s
Cara mendaftar:
- Muat turun aplikasi Oticon Companion pada peranti mudah alih anda. Jika anda mempunyai aplikasi Oticon ON pada peranti anda, kami mengesyorkan agar anda memadamkannya bagi mengelakkan masalah keserasian.
- Daftar dengan alamat e-mel yang sah.
- Pastikan lokasi data profil anda ditetapkan kepada Malaysia.
- Semasa menjadualkan temu janji, berikan audiologis alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar aplikasi tersebut.
*Ia perlu mempunyai kuasa bateri yang mencukupi (contohnya >50%). Jika anda menghadapi masalah keserasian dengan aplikasi tersebut, kemas kini alat bantu pendengaran anda kepada perisian tegar terkini dan cuba lagi.
Apakah yang Berlaku Semasa Konsultasi Jarak Jauh?
Jika anda menyertai konsultasi alat bantu pendengaran jarak jauh buat kali pertama, inilah yang boleh anda jangkakan. Sila ambil perhatian bahawa penstriman audio Bluetooth tidak akan tersedia semasa sesi tersebut; anda akan mendengar audio melalui pembesar suara telefon anda.
Sebaik sahaja audiologis anda bersambung kepada alat bantu pendengaran anda:
- Anda akan dapat melihat dan bercakap dengan mereka sama seperti panggilan video.
- Grafik L dan R pada skrin mudah alih anda akan berubah daripada berkelip kepada hijau tetap.
Memuat naik dan menyimpan tetapan baharu pada alat bantu pendengaran anda:
- Grafik L dan R akan bertukar kepada jingga sebaik sahaja tetapan baharu dimuat naik ke alat bantu pendengaran anda.
- Apabila tetapan berjaya disimpan, grafik tersebut akan bertukar hijau semula.
Menamatkan konsultasi:
- Sebelum menamatkan temu janji, audiologis anda akan memulakan semula alat bantu pendengaran anda dengan mematikan dan menghidupkannya, dan anda akan mendengar bunyi denting.
- Temu janji akan berakhir dengan mesej ‘Visit ended’ pada skrin anda.
Yang Perlu Dilakukan dan Dielakkan Semasa Konsultasi Jarak Jauh
Bersedia untuk konsultasi jarak jauh adalah mudah, tetapi beberapa tip berguna boleh menjadikan pengalaman itu lebih lancar.
| Yang perlu dilakukan | Yang perlu dielakkan |
|---|---|
|
|
Ulasan Pelanggan
Soalan Lazim Tentang Penjagaan Alat Bantu Pendengaran Jarak Jauh
Tidak semua tetapan alat bantu pendengaran boleh dilaraskan dari jauh. Walaupun banyak tetapan, seperti kelantangan dan program, boleh diperhalusi semasa konsultasi jarak jauh, sesetengah ciri termaju seperti Pengurusan Maklum Balas dan Sokongan Tinnitus mungkin masih memerlukan kunjungan secara bersemuka kepada penyedia penjagaan pendengaran anda.
Buat pertanyaan dengan profesional penjagaan pendengaran anda untuk ketahui lebih lanjut.
Ya, jika anda lebih selesa, anda boleh mematikan kamera anda semasa konsultasi jarak jauh. Namun begitu, membiarkannya hidup boleh membantu profesional penjagaan pendengaran anda lebih memahami keperluan anda dan menawarkan sokongan yang lebih diperibadikan.
Adalah lebih baik untuk mengelakkan daripada menjawab panggilan telefon semasa konsultasi alat bantu pendengaran jarak jauh anda bagi memastikan anda memperoleh manfaat sepenuhnya daripada sesi tersebut tanpa gangguan. Jika anda perlu menjawab panggilan, maklumkan kepada profesional penjagaan pendengaran anda. Setelah panggilan tamat, temu janji akan disambung semula.
- Gangguan yang berlaku kurang daripada 30 saat: Sebaik sahaja sambungan internet anda pulih, aplikasi Oticon Companion akan menyambungkan anda semula kepada audiologis anda secara automatik.
- Gangguan yang berlaku lebih daripada 30 saat: Sebaik sahaja sambungan internet anda pulih, anda perlu memilih pilihan ‘Try to reconnect’ pada aplikasi tersebut atau menamatkan temu janji.
Tidak, rakaman video atau audio daripada konsultasi alat bantu pendengaran jarak jauh anda tidak disimpan. Privasi dan keselamatan anda adalah penting, jadi sesi anda dirahsiakan dan hanya digunakan untuk sokongan dan pelarasan segera.
Jadualkan Ujian Pendengaran Percuma
Medan yang wajib diisi ditandakan.
