Langkau ke kandungan utama
Hearing Partners
Wanita pelancong Asia menggunakan telefon pintar untuk melihat peta di jalan pusat bandar

Alat bantu pendengaran di belakang telinga (BTE)

Peranti pendengaran ini merupakan salah satu jenis alat bantu pendengaran yang popular.

Sepanjang tahun, ia menjadi semakin kecil dan kurang ketara, menjadikannya pilihan yang agak diskret untuk pemakainya.

Jenis-jenis alat bantu pendengaran BTE

Di belakang telinga tradisional

Alat bantu pendengaran BTE tradisional mempunyai bekas plastik padat yang dipakai di belakang telinga serta alat dengar yang dipakai di dalam saluran telinga.

Cara ia berfungsi:
Alat dengar itu disambungkan kepada bekas tersebut melalui tiub nipis yang menyalurkan bunyi. Bagi memastikan anda mendapat pengalaman mendengar yang terbaik, alat dengar itu boleh ditempah khas mengikut saiz saluran telinga anda.

Alat bantu pendengaran jenis ini juga dilengkapi penguat dan butang kawalan yang lebih besar supaya pemakainya boleh melaraskan program dan kelantangan dengan mudah.

BTE tradisional berbanding RITE
Berbanding rakan sejenisnya RITE, alat bantu pendengaran BTE tradisional cenderung kurang terdedah kepada lembapan dan pengumpulan tahi telinga.

Penerima dalam telinga

Alat bantu pendengaran penerima dalam telinga (RITE) juga biasa dikenali sebagai alat bantu pendengaran miniRITE atau penerima dalam saluran (RIC).

Cara ia berfungsi:
Pembesar suara alat bantu pendengaran RITE terletak di dalam saluran telinga anda dan bukannya di dalam badan alat bantu pendengaran itu. Pembesar suara tersebut kemudiannya disambungkan kepada bekas melalui wayar nipis.

Mengapakah RITE begitu popular?
Alat bantu pendengaran jenis ini popular dalam kalangan pengguna kerana ia ringan dan lebih diskret berbanding alat bantu pendengaran BTE tradisional. Ia juga hadir dalam pelbagai warna untuk dipadankan dengan warna kulit dan rambut anda.

Bergantung pada keadaan kehilangan pendengaran anda, anda mungkin sesuai atau tidak sesuai dengan alat bantu pendengaran RITE. Anda dinasihatkan supaya menjalani ujian pendengaran dan berbincang dengan audiologis anda untuk mendapatkan saranan beliau.

*Sebelum menggunakan alat bantu pendengaran anda, anda dinasihatkan supaya membaca dan mematuhi arahan penggunaan. Rujuk audiologis anda jika anda memerlukan sebarang penjelasan atau bantuan.

Ingin mendapatkan alat bantu pendengaran baharu?

Profesional penjagaan pendengaran kami berpengalaman dan komited untuk mencari penyelesaian yang sempurna bagi keperluan pendengaran anda. Kami akan membimbing anda sepanjang perjalanan ini ke arah memulihkan pendengaran anda.

Hubungi kami untuk menjadualkan temu janji hari ini!

*Tidak semua jenis alat bantu pendengaran sesuai dengan keadaan anda. Dapatkan nasihat daripada audiologis anda mengenai peranti pendengaran yang tepat untuk keperluan anda.

Jadualkan Ujian Pendengaran Percuma

Medan yang wajib diisi ditandakan.

Saya bersetuju untuk dihubungi mengenai temu janji saya.

Cari klinik pendengaran terdekat anda

Tempah temu janji