Langkau ke kandungan utama
Hearing Partners
Rangkaian alat bantu pendengaran Oticon

Harga Alat Bantu Pendengaran di Malaysia

Alat bantu pendengaran meningkatkan kesejahteraan keseluruhan mereka yang mengalami kehilangan pendengaran, membolehkan mereka berhubung dengan lebih baik dengan persekitaran mereka. Ketahui tentang harga alat bantu pendengaran di Malaysia di sini.

Harga Alat Bantu Pendengaran di Hearing Partners Malaysia

Hearing Partners menawarkan pilihan luas alat bantu pendengaran Oticon dengan harga berjulat antara RM2,700 hingga RM19,000 seunit. Harganya bergantung pada model dan ciri khusus peranti tersebut.

Rangkaian alat bantu pendengaran Oticon

Apakah Harga Alat Bantu Pendengaran Oticon di Malaysia?

Alat bantu pendengaran yang dikeluarkan oleh Oticon mempunyai teknologi termaju yang direka untuk menambah baik pengalaman mendengar secara keseluruhan. Daripada pengurangan angin dan bunyi bising sehinggalah kepada lanskap bunyi yang penuh dan seimbang, peranti pendengaran ini mewujudkan persekitaran bunyi yang selesa dan semula jadi bagi mereka yang mengalami kehilangan pendengaran.

Inilah harga alat bantu pendengaran Oticon yang kami bawa di Hearing Partners:

Model alat bantu pendengaran

Harga seunit (RM)

Oticon Zeal

9,000 – 19,500

Oticon Play SI

6,000 – 15,500

Oticon Verit

5,800 – 18,000

Oticon Jet PX

3,400 – 4,400

Oticon Own SI

5,000 – 18,500

Oticon Intent

6,500 – 19,000

Oticon Real

8,000 – 19,000

Oticon Own

4,000 – 18,000

Oticon Play PX

5,000 – 12,500

Oticon Xceed

3,500 – 10,500

Oticon Xceed Play

4,800 – 12,600

Oticon Opn Play

4,700 – 12,000

Oticon Ruby

3,400 – 4,000

Oticon Cros

3,600 – 4,400

Harga terakhir dikemas kini: September 2026

Nikmati Pengalaman Selepas Pembelian yang Tiada Tandingan

Di Hearing Partners, perjalanan mendapatkan alat bantu pendengaran Oticon melangkaui sekadar pemasangan peranti. Selepas menerima alat bantu pendengaran anda, anda boleh menikmati pelbagai manfaat, termasuk sokongan sepanjang hayat daripada pasukan audiologis kami yang berpengalaman, konsultasi jarak jauh dan masa menunggu yang lebih singkat untuk temu janji.

Semakan tanpa had

Manfaatkan bilangan ujian audiometrik dan semakan tanpa had bersama audiologis kami di semua pusat pendengaran kami di Malaysia.

Masa menunggu lebih singkat

Penjagaan pendengaran anda ialah keutamaan kami, sebab itulah kami menghapuskan masa menunggu yang lama dan memperkemas proses tempahan temu janji.

Konsultasi Jarak Jauh

Nikmati konsultasi bersama audiologis kami dari keselesaan rumah anda menerusi Oticon Companion App kami.

Waranti produk

Alat bantu pendengaran kami dilindungi waranti 4 tahun, memberikan anda jaminan dan ketenangan fikiran yang lebih.

Hadiah percuma

Dapatkan hadiah hari jadi yang mengejutkan dan aksesori alat bantu pendengaran percuma apabila anda membeli alat bantu pendengaran daripada kami.

Pelan Ansuran Alat Bantu Pendengaran Kami

Kami memahami bahawa alat bantu pendengaran boleh menjadi pelaburan yang mahal bagi sesetengah orang. Bagi menjadikan pelaburan yang perlu ini lebih mampu milik, kami menawarkan pelan ansuran tanpa faedah yang membolehkan anda membahagikan pembayaran anda sepanjang 12 bulan.

Jika anda memiliki kad kredit daripada salah sebuah bank yang disenaraikan di bawah, anda boleh memohon pelan ansuran semasa membeli alat bantu pendengaran anda.

Hubungi kami untuk sebarang penjelasan mengenai pelan ansuran kami.

Bank rakan kongsi

AEON
Affin Bank
Alliance Bank
AmBank
BSN
Public Bank
HSBC
OCBC
RHB
Standard Chartered
UOB

Mengapa Memilih Hearing Partners?

Penjagaan Pendengaran yang Menyeluruh

Pasukan kami menawarkan pelbagai perkhidmatan penjagaan pendengaran, daripada ujian pendengaran sehinggalah kepada pemasangan alat bantu pendengaran dan sokongan pendengaran berterusan. Dengan mengamalkan pendekatan menyeluruh terhadap kesihatan pendengaran, kami membantu anda dan orang tersayang mendapatkan penjagaan yang diperlukan pada setiap peringkat perjalanan pendengaran mereka.

Alat Bantu Pendengaran dan Aksesori Berkualiti

Kami menawarkan pelbagai alat bantu pendengaran termaju dan aksesori pendengaran yang direka untuk menyokong perjalanan pendengaran anda. Sama ada anda mencari peranti yang diskret, alat bantu pendengaran boleh cas semula, atau aksesori pendengaran untuk meningkatkan pengalaman mendengar anda, pasukan kami akan membantu anda mencari penyelesaian yang sesuai dengan keperluan, gaya hidup dan bajet anda.

Penjagaan Pendengaran yang Diperibadikan

Tiada dua individu yang mengalami kehilangan pendengaran dengan cara yang sama. Itulah sebabnya profesional penjagaan pendengaran kami meluangkan masa untuk memahami kebimbangan pendengaran, cabaran komunikasi dan keperluan pendengaran anda sebelum mengesyorkan sesuatu penyelesaian. Dengan menyesuaikan pendekatan kami dengan keperluan unik anda, anda boleh mendengar dengan lebih selesa dan yakin dalam kehidupan seharian.

Soalan Lazim tentang Alat Bantu Pendengaran dan Harga di Malaysia

Di Malaysia, harga minimum bagi alat bantu pendengaran ialah kira-kira RM3,400 seunit, tetapi ia boleh mencecah setinggi RM19,000 bergantung pada jenama dan model pilihan anda.

Sesetengah jenama, seperti Oticon, menawarkan alat bantu pendengaran yang dilengkapi teknologi inovatif yang mengurangkan usaha mendengar dan mewujudkan lanskap bunyi yang lebih semula jadi dan seimbang. Harga alat bantu pendengaran termaju sebegini boleh berjulat antara RM2,700 hingga RM19,000 seunit.

Anda boleh membeli alat bantu pendengaran di mana-mana klinik pendengaran kami di seluruh Malaysia. Sebelum mengesyorkan sesuatu alat bantu pendengaran, profesional penjagaan pendengaran kami akan terlebih dahulu menjalankan konsultasi dan ujian pendengaran menyeluruh untuk lebih memahami keperluan pendengaran, gaya hidup dan cabaran komunikasi anda.

Berdasarkan keputusan tersebut, kami akan mengesyorkan pilihan alat bantu pendengaran yang sesuai dan disesuaikan dengan keperluan serta citarasa individu anda.

Ya! Di Hearing Partners, profesional penjagaan pendengaran kami akan terlebih dahulu menjalankan penilaian pendengaran dan membincangkan keperluan serta keadaan pendengaran anda sebelum mengesyorkan pilihan alat bantu pendengaran yang sesuai. Jika anda merupakan calon yang sesuai untuk alat bantu pendengaran, kami akan membimbing anda melalui pilihan percubaan yang tersedia dan membantu anda mencari penyelesaian yang terasa tepat untuk anda.

Harga alat bantu pendengaran boleh berbeza berdasarkan beberapa faktor, seperti jenis, jenama, model, fungsi dan reka bentuknya. Namun begitu, adalah penting untuk tidak hanya bergantung pada harga sebagai faktor penentu dalam memilih alat bantu pendengaran.

Ketersediaan perkhidmatan penjagaan selepas jualan juga sama penting, kerana alat bantu pendengaran anda mungkin memerlukan penalaan dan pelarasan dari semasa ke semasa. Di Hearing Partners, kami menawarkan perkhidmatan tambahan ini tanpa sebarang kos tambahan.

Walaupun alat bantu pendengaran boleh menjadi mahal, ia menawarkan manfaat tidak ketara yang menjadikannya pelaburan yang berbaloi. Peranti ini boleh meningkatkan kualiti hidup individu yang mengalami kehilangan pendengaran dengan membolehkan mereka menjadi lebih berdikari dan berinteraksi dengan lebih baik dengan persekitaran mereka.

Tambahan pula, komunikasi yang lebih baik hasil daripada penggunaan alat bantu pendengaran boleh memberikan kesan positif kepada kesejahteraan mental dan emosi para penjaga.

Malaysia menawarkan beberapa bentuk bantuan kewangan yang boleh membantu individu yang layak mengurangkan kos alat bantu pendengaran. Ini termasuk program bantuan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan, badan kebajikan dan institusi penjagaan kesihatan terpilih.

  • Bantuan Alat Tiruan/Sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): Untuk warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) yang memenuhi kriteria penilaian kewangan JKM dan mempunyai saranan daripada profesional penjagaan kesihatan.
  • Tabung Bantuan Perubatan Hospital Kementerian Kesihatan (TBP): Untuk pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan yang memenuhi syarat kelayakan pendapatan dan perubatan. Alat bantu pendengaran mestilah dianggap perlu dari segi perubatan oleh pakar.
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): Untuk penjawat awam Malaysia yang sedang berkhidmat dan telah bersara yang layak di bawah skim manfaat perubatan JPA. Individu yang layak boleh menerima bantuan kewangan sehingga RM3,500 bagi setiap alat bantu pendengaran, tertakluk kepada syarat kelulusan.
  • Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV): Untuk bekas anggota tentera yang layak menerima program bantuan perubatan veteran. Individu yang layak boleh menerima bantuan kewangan sehingga RM5,000.
  • Majlis Agama Islam Negeri: Untuk umat Islam yang layak dan memenuhi kriteria bantuan kewangan serta zakat di negeri masing-masing.

Oleh sebab program subsidi dan kriteria kelayakan boleh berubah dari semasa ke semasa, kami mengesyorkan agar anda menyemak terus dengan agensi atau organisasi yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat terkini.

Sila ambil perhatian bahawa Hearing Partners tidak menawarkan bantuan kerajaan untuk alat bantu pendengaran atau membantu dalam permohonan subsidi. Pelan ansuran tanpa faedah tersedia menerusi rakan kongsi kad kredit terpilih. Hubungi kami untuk ketahui lebih lanjut!

Program bantuan kerajaan, skim kebajikan dan badan amal terpilih mungkin menawarkan bantuan kewangan bagi mengurangkan kos alat bantu pendengaran untuk warga emas. Sesetengah individu mungkin menerima bantuan pembiayaan sepenuhnya, manakala yang lain mungkin hanya menerima bantuan separa.

Kelayakan dan tahap bantuan pembiayaan lazimnya bergantung pada faktor seperti tahap pendapatan, keperluan perubatan dan status kurang upaya. Kami mengesyorkan agar anda membuat pertanyaan dengan pelbagai program dan organisasi untuk ketahui lebih lanjut.

Jadualkan Ujian Pendengaran Percuma

Medan yang wajib diisi ditandakan.

Saya bersetuju untuk dihubungi mengenai temu janji saya.

Cari klinik pendengaran terdekat anda

Tempah temu janji