Langkau ke kandungan utama
Hearing Partners
Wanita Asia menekan jari pada pelipisnya

Ujian Diagnostik Pening dan Keseimbangan

Pelbagai keadaan yang berbeza boleh menyebabkan pening atau sensasi hilang keseimbangan. Ini boleh menjejaskan kehidupan harian anda dan menyebabkan ketidakselesaan yang ketara.

Jadualkan ujian diagnostik dengan kami hari ini dan biarkan audiologis kami yang berpengalaman menilai keadaan anda.

Pening dan ketidakseimbangan serta telinga

Selain membolehkan kita mendengar, telinga kita juga memainkan peranan penting dalam membantu kita mengekalkan keseimbangan.

Isyarat yang dihantar ke otak daripada telinga kita menghalang kita daripada terjatuh semasa kita bergerak dan bertukar kedudukan.

Wanita menekan tangan pada sisi wajahnya

Punca pening dan ketidakseimbangan

Antara punca pening dan ketidakseimbangan termasuk:

1. Vertigo Kedudukan Paroksismal Benigna (BPPV)

BPPV disebabkan oleh batu kalsium karbonat yang bergerak bebas di dalam salur telinga dalam. Batu ini menyebabkan pesakit berasa pening apabila mereka menggerakkan kepala ke arah tertentu.

2. Labirintitis

Ini berlaku apabila labirin, iaitu satu struktur dalam telinga dalam, mengalami keradangan. Keradangan itu boleh berpunca daripada jangkitan virus atau bakteria.

3. Penyakit Meniere

Keadaan ini menjejaskan telinga dalam dan boleh menyebabkan pening, tinnitus, pengumpulan tekanan dalam telinga dan kehilangan pendengaran.

4. Neuritis vestibular

Keadaan ini berlaku apabila saraf yang menghubungkan telinga dalam dan otak mengalami keradangan. Ini menyebabkan gangguan pada penyampaian maklumat antara telinga dan otak.

Wanita memegang kepalanya

Simptom pening dan ketidakseimbangan

Berikut ialah beberapa simptom pening dan ketidakseimbangan:

  • Rasa kepala ringan
  • Rasa mengantuk
  • Loya
  • Muntah
  • Sensasi berpusing
  • Rasa tidak stabil
  • Terjatuh atau berasa seperti hendak jatuh
  • Sensasi terapung
Audiologis dan pesakit menjalankan ujian pendengaran

Penilaian pening dan keseimbangan

Vestibular Evoked Myogenic Potentials (oVEMP atau cVEMP)

Ujian Vestibular Evoked Myogenic Potentials (VEMP) membolehkan organ otolit dalam telinga kita diuji. Respons VEMP okular (oVEMP) dicetuskan daripada otot okular manakala VEMP servikal (cVEMP) dicetuskan daripada otot sternokleidomastoid.

Videonistagmografi (VNG)

Videonistagmografi (VNG) ialah ujian biasa yang digunakan untuk menentukan fungsi sistem keseimbangan telinga dalam. Ia mengukur pergerakan mata berdasarkan satu set rangsangan termasuk

  • visual,
  • perubahan pada kedudukan badan dan
  • pengaliran udara suam dan sejuk ke dalam saluran telinga.

Ujian Impuls Kepala Video (vHIT)

Ujian Impuls Kepala Video (vHIT) mengenal pasti gangguan yang berkaitan dengan refleks vestibulo-okular. Penilaian ini boleh menguji kesemua 6 salur separuh bulatan.

Mengapa Memilih Hearing Partners?

Kemudahan termaju

Makmal ujian diagnostik kami merupakan kemudahan termaju dengan peralatan ujian berteknologi canggih untuk mendiagnosis keadaan anda dengan tepat.

Ujian yang terperinci dan menyeluruh

Audiologis kami yang profesional dan berpengalaman akan menjalankan penilaian diagnostik yang menyeluruh terhadap simptom pening dan ketidakseimbangan anda.

Ulasan Pelanggan

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohammad Syafiq dari Hearing Partners Greentown Ipoh atas perkhidmatannya yang cemerlang. Beliau sangat mesra dan sabar melayan ibu bapa saya. Kami telah membeli alat bantu pendengaran daripada beliau dan ibu bapa saya berpuas hati dengannya. Mereka boleh mendengar dengan lebih baik dan jelas. Teruskan perkhidmatan yang baik ini. Terima kasih sekali lagi.”
Kar Siew Lee
“Pasukan HBC sangat sopan, membantu dan sanggup berusaha lebih untuk memastikan pelanggan mereka berasa selesa. Saya amat gembira dengan cara mereka melayan ibu saya… daripada pembelian awal sehinggalah servis tahunan alat bantu pendengarannya. Sesiapa yang mencari alat bantu pendengaran, untuk diri sendiri atau ibu bapa mereka, memang patut datang ke sini.”
Dr. Shireen Hashim
“Cik Chong ialah audiologis yang sangat sabar dan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantu saya serta memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap masa. Tambahan pula, beliau sentiasa membuat susulan dengan saya mengikut jadual bagi memastikan alat bantu pendengaran saya sentiasa dalam keadaan baik.”
Khong Yi Low

Soalan Lazim

Jika anda mengalami pening atau rasa hilang keseimbangan yang berpanjangan atau berulang tanpa sebab yang jelas, anda patut mengunjungi klinik untuk mendapatkan diagnosis.

Penilaian diagnostik keseimbangan (vestibular) hanya ditawarkan di cawangan Hearing and Balance Centre (HBC). Ujian ini dijalankan menerusi rujukan perubatan, kerana pesakit selalunya memerlukan rawatan atau pemulihan yang diselaraskan selepas diagnosis.

Anda mungkin dikehendaki mengelakkan ubat tertentu atau mengubah diet anda 1 hingga 2 hari sebelum ujian.

Pada hari penilaian, anda dinasihatkan supaya memakai pakaian yang selesa dan longgar. Anda juga disyorkan meminta ahli keluarga menemani anda untuk ujian tersebut.

Rujuk audiologis anda untuk maklumat lanjut atau arahan khusus yang perlu diikuti semasa bersedia untuk ujian ini.

Jadualkan Ujian Pendengaran Percuma

Medan yang wajib diisi ditandakan.

Saya bersetuju untuk dihubungi mengenai temu janji saya.

Cari klinik pendengaran terdekat anda

Tempah temu janji