
Jenis-jenis Alat Bantu Pendengaran
Dengan pelbagai jenis alat bantu pendengaran yang ada hari ini, mencari yang sesuai bermula dengan memahami pilihan anda. Daripada gaya dalam telinga yang diskret hinggalah model di belakang telinga yang berkuasa, setiap jenis menawarkan manfaat berbeza untuk keperluan pendengaran, gaya hidup dan citarasa anda.
Terokai pelbagai jenis alat bantu pendengaran yang tersedia di Hearing Partners dan temui yang paling sesuai untuk anda.
Jenis Alat Bantu Pendengaran Manakah yang Sesuai untuk Anda?
Terdapat pelbagai jenis alat bantu pendengaran, dan setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Tahap kehilangan pendengaran, gaya hidup, ketangkasan tangan dan citarasa peribadi anda boleh mempengaruhi gaya yang paling sesuai untuk anda. Berikut ialah perbandingan ringkas jenis-jenis utama alat bantu pendengaran:
IIC | CIC | NXT dalam telinga | ITC | ITE separuh cangkerang/cangkerang penuh | RITE/RIC | BTE | |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahap kehilangan pendengaran | Ringan hingga sederhana | Ringan hingga sederhana | Ringan hingga sederhana | Ringan hingga sederhana | Ringan hingga teruk | Ringan hingga teruk | Ringan hingga sangat teruk |
Tahap diskret | Lebih diskret | Lebih diskret | Lebih diskret | Kurang diskret | Kurang diskret | Lebih diskret | Kurang diskret |
Bateri | Sekali guna | Sekali guna | Boleh dicas semula | Sekali guna | Sekali guna | Boleh dicas semula & sekali guna | Boleh dicas semula & sekali guna |
Kesalinghubungan Bluetooth | Tidak | Tidak | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya |
Kemudahan pengendalian | Paling sukar | Paling sukar | Paling sukar | Sukar | Sederhana | Mudah | Paling mudah |
Profesional penjagaan pendengaran anda boleh menilai keperluan pendengaran anda dan membincangkan pilihan yang paling sesuai untuk anda.
Apakah Alat Bantu Pendengaran Di Belakang Telinga (BTE)?
Alat bantu pendengaran BTE mempunyai kelongsong kecil yang terletak di belakang telinga anda. Bunyi disalurkan ke dalam telinga melalui tiub nipis, acuan telinga atau penerima yang diletakkan di dalam saluran telinga. Alat bantu pendengaran ini hadir dalam pelbagai saiz dan tahap kuasa. Kepelbagaiannya menjadikannya sesuai untuk pelbagai keperluan pendengaran, daripada kehilangan pendengaran ringan hingga sangat teruk.
Sesuai untuk kebanyakan jenis kehilangan pendengaran
Alat bantu pendengaran BTE tersedia dalam pelbagai tahap kuasa, menjadikannya sesuai untuk pelbagai tahap kehilangan pendengaran. Model BTE yang lebih berkuasa boleh memberikan penguatan tambahan yang diperlukan untuk kehilangan pendengaran teruk hingga sangat teruk.
Tersedia dalam gaya boleh dicas semula
Banyak alat bantu pendengaran BTE tersedia dengan bateri boleh dicas semula. Daripada kerap menukar bateri sekali guna yang kecil, anda boleh meletakkan alat bantu pendengaran di dalam pengecasnya apabila tidak digunakan.
Lebih banyak ciri dan pilihan kesalinghubungan
Kelongsong alat bantu pendengaran BTE yang lebih besar memberikan lebih banyak ruang untuk teknologi berbanding kebanyakan alat bantu pendengaran dalam telinga. Bergantung pada model, cirinya mungkin termasuk kesalinghubungan Bluetooth, telecoil dan pelbagai program mendengar.
Lebih mudah dikendalikan
Saiznya yang lebih besar boleh menjadikan alat bantu pendengaran BTE lebih mudah dipegang, dipasang dan dilaraskan. Ini boleh membantu jika anda sukar mengendalikan peranti atau alat kawalan yang sangat kecil, atau mengalami masalah penglihatan.
Apakah Jenis-jenis Alat Bantu Pendengaran Di Belakang Telinga (BTE)?

Di belakang telinga (BTE) standard
Alat bantu pendengaran ini tersedia dalam pelbagai saiz dan tahap kuasa serta boleh menyokong pelbagai tahap kehilangan pendengaran. Ia lebih besar sedikit daripada alat bantu pendengaran RITE/RIC, jadi ia mungkin amat sesuai jika anda memerlukan penguatan yang lebih tinggi atau lebih suka alat bantu pendengaran yang lebih mudah dikendalikan.

Penerima dalam telinga (RITE/RIC)
Oleh sebab penerimanya terletak di dalam telinga dan bukan di dalam kelongsong, alat bantu pendengaran RITE lebih kecil dan lebih diskret berbanding model BTE standard. Ia merupakan pilihan popular bagi mereka yang mencari keseimbangan antara keselesaan, sifat diskret dan teknologi pendengaran moden.
Apakah Alat Bantu Pendengaran Dalam Telinga (ITE)?
Alat bantu pendengaran ITE ialah alat bantu pendengaran tempahan khas yang dipakai sebahagian atau sepenuhnya di dalam telinga anda, dan bukan di belakangnya. Ia terdiri daripada peranti yang sangat kecil yang terletak jauh di dalam saluran telinga hinggalah model yang lebih besar yang memenuhi lebih banyak bahagian telinga luar. Alat bantu pendengaran ITE lazimnya lebih sesuai bagi mereka yang mengalami kehilangan pendengaran ringan hingga teruk. Gaya yang paling sesuai bukan sahaja bergantung pada kehilangan pendengaran anda, tetapi juga faktor seperti anatomi telinga, ketangkasan tangan dan ciri pilihan anda.
Reka bentuk diskret
Sesetengah alat bantu pendengaran ITE terletak jauh di dalam saluran telinga, menjadikannya sukar dilihat apabila dipakai. Jika sifat diskret penting bagi anda, gaya yang lebih kecil seperti halimunan dalam saluran (IIC) dan sepenuhnya dalam saluran (CIC) mungkin wajar dipertimbangkan.
Ditempah khas
Kebanyakan alat bantu pendengaran ITE dibuat menggunakan acuan atau imbasan telinga anda. Ini membolehkan alat bantu pendengaran dibentuk khusus untuk telinga anda supaya padan dengan kemas dan selesa, serta untuk kualiti bunyi yang optimum.
Mungkin memberikan penguatan yang lebih rendah
Alat bantu pendengaran ITE yang lebih kecil mempunyai ruang terhad untuk penerima dan bateri yang lebih besar. Oleh itu, ia mungkin tidak memberikan penguatan yang mencukupi untuk kehilangan pendengaran yang lebih teruk. Profesional penjagaan pendengaran anda boleh mengesyorkan gaya berdasarkan keputusan ujian pendengaran anda.
Mungkin mempunyai pilihan ciri yang lebih sedikit
Alat bantu pendengaran ITE yang lebih kecil seperti IIC atau CIC mempunyai ruang yang lebih sedikit untuk komponen tambahan. Oleh itu, ia mungkin menawarkan pilihan kesalinghubungan, alat kawalan atau ciri lain yang lebih sedikit berbanding alat bantu pendengaran yang lebih besar.
Apakah Jenis-jenis Alat Bantu Pendengaran Dalam Telinga (ITE)?

Halimunan dalam saluran (IIC)
Kesesuaian alat bantu pendengaran IIC untuk anda bergantung pada keperluan pendengaran dan anatomi telinga anda. Saiznya yang kecil bermakna ia mungkin lebih sukar dikendalikan dan mempunyai ciri yang lebih sedikit berbanding alat bantu pendengaran yang lebih besar. Selain itu, ia lebih mudah terjejas oleh tahi telinga dan pengumpulan kelembapan.

Sepenuhnya dalam saluran (CIC)
Alat bantu pendengaran CIC mungkin sesuai untuk mereka yang mengalami kehilangan pendengaran ringan hingga sederhana teruk, bergantung pada peranti dan keperluan pendengaran individu. Oleh sebab ia dipakai di dalam saluran telinga, ia mudah terjejas oleh tahi telinga dan pengumpulan kelembapan.

NXT dalam telinga
Walaupun reka bentuknya padat, alat bantu pendengaran ini boleh dicas semula dan menyokong pelbagai ciri kesalinghubungan. Ia juga dilengkapi pemprosesan bunyi AI termaju untuk membantu anda mendengar dengan lebih jelas dalam pelbagai persekitaran mendengar. Kesesuaian anda untuk jenis alat bantu pendengaran ini bergantung pada struktur telinga dan keperluan pendengaran anda.

Dalam saluran (ITC)
Ia lebih besar daripada alat bantu pendengaran IIC dan CIC, memberikan lebih banyak ruang untuk alat kawalan, bateri dan teknologi tambahan. Bergantung pada model, alat bantu pendengaran ITC boleh menyokong mereka yang mengalami kehilangan pendengaran ringan hingga teruk sambil masih menawarkan reka bentuk yang agak diskret.
Disebabkan saiznya, ia lebih mudah dipasang dan dikeluarkan serta mungkin mempunyai hayat bateri yang lebih lama.

Separuh cangkerang/cangkerang penuh
Saiznya yang lebih besar memberikan ruang untuk alat kawalan yang lebih besar dan ciri tambahan, serta boleh menjadikannya lebih mudah dikendalikan berbanding gaya saluran yang lebih kecil. Ia juga lazimnya mempunyai hayat bateri yang lebih lama berbanding model ITE yang lebih kecil.
Bergantung pada model, ia juga boleh memberikan penguatan yang lebih tinggi bagi mereka yang mengalami kehilangan pendengaran yang lebih ketara.
Temui Alat Bantu Pendengaran yang Sesuai untuk Anda
Jawab kuiz ringkas kami untuk mengetahui jenis alat bantu pendengaran yang paling sesuai dengan gaya hidup, keperluan pendengaran dan citarasa anda. Kuiz ini hanya mengambil masa beberapa minit.
*Kuiz ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak menggantikan nasihat profesional daripada profesional penjagaan pendengaran kami. Buat temu janji untuk penilaian menyeluruh dan cadangan peribadi berdasarkan keadaan, keperluan dan citarasa anda.
Jenis-jenis Alat Bantu Pendengaran Lain
Ulasan Pelanggan
Soalan Lazim Tentang Jenis Alat Bantu Pendengaran
Gaya BTE, termasuk alat bantu pendengaran RITE/RIC, digunakan secara meluas kerana ia boleh memenuhi pelbagai keperluan pendengaran sambil menawarkan keseimbangan antara teknologi dan sifat diskret.
Gaya yang sesuai untuk anda bergantung pada kehilangan pendengaran, gaya hidup dan citarasa anda. Profesional penjagaan pendengaran kami akan mengesyorkan jenis alat bantu pendengaran yang paling sesuai untuk keperluan anda. Tempah temu janji dengan kami hari ini.
Alat bantu pendengaran BTE lazimnya disyorkan untuk kanak-kanak. Ia boleh menampung pelbagai tahap kehilangan pendengaran, agak mudah dikendalikan dan membolehkan acuan telinga ditukar apabila telinga kanak-kanak membesar.
Alat bantu pendengaran ITE lazimnya kurang sesuai untuk kanak-kanak kecil kerana kelongsong tempahan khasnya mungkin perlu kerap ditukar semasa telinga berkembang.
Tiada satu jenis alat bantu pendengaran yang sesuai untuk setiap warga emas. Alat bantu pendengaran BTE, RITE dan ITE yang lebih besar mungkin lebih mudah dikendalikan kerana saiz dan alat kawalannya yang mudah dicapai, terutamanya bagi mereka yang kurang ketangkasan tangan atau mengalami masalah penglihatan.
Namun begitu, pilihan yang paling sesuai tetap bergantung pada kehilangan pendengaran, gaya hidup dan ciri yang anda perlukan. Biarkan profesional penjagaan pendengaran kami menasihati anda tentang pilihan terbaik untuk keperluan anda.
Keputusan ujian pendengaran anda ialah titik permulaan yang penting, kerana gaya alat bantu pendengaran tertentu lebih sesuai untuk tahap kehilangan pendengaran tertentu. Anda juga mungkin perlu memikirkan:
- Sejauh mana diskret alat bantu pendengaran yang anda inginkan
- Tahap keselesaannya
- Sama ada anda lebih suka bateri boleh dicas semula atau sekali guna
- Keupayaan anda mengendalikan peranti dan alat kawalan yang kecil
- Sama ada anda mahukan Bluetooth atau ciri kesalinghubungan lain
- Persekitaran mendengar yang anda hadapi dalam kehidupan harian (cth. di luar rumah, majlis sosial yang bising atau suasana yang tenang)
- Bajet anda
Profesional penjagaan pendengaran boleh membantu anda membandingkan pilihan yang sesuai berdasarkan faktor-faktor ini. Tempah temu janji dengan kami hari ini.
Harga alat bantu pendengaran kami berjulat antara RM3,400 hingga RM19,000 seunit. Kosnya berbeza-beza bergantung pada gaya, tahap teknologi, ciri dan model alat bantu pendengaran yang anda pilih.
Di Hearing Partners, harga ini merangkumi lebih daripada alat bantu pendengaran itu sendiri. Ia termasuk pemasangan profesional dan penjagaan selepas jualan yang berterusan untuk membantu anda mendapat manfaat sepenuhnya daripada alat bantu pendengaran anda. Selepas pemasangan, anda boleh kembali untuk semakan tanpa had, mendapatkan konsultasi jarak jauh, menikmati masa menunggu yang lebih singkat dan menerima perlindungan waranti untuk ketenangan fikiran yang lebih. Tempah temu janji di klinik pendengaran terdekat anda hari ini.
Di Hearing Partners, kami menawarkan rangkaian luas alat bantu pendengaran daripada Oticon. Profesional penjagaan pendengaran kami boleh menilai pendengaran anda, membimbing anda melalui pelbagai pilihan dan membantu anda mencari alat bantu pendengaran yang sesuai dengan keperluan, gaya hidup dan citarasa anda. Kunjungi klinik pendengaran terdekat anda dan mulakan perjalanan anda ke arah pendengaran yang lebih baik hari ini!
Jadualkan Ujian Pendengaran Percuma
Medan yang wajib diisi ditandakan.
