
Alat Bantu Pendengaran Bluetooth
Strim audio terus daripada telefon pintar, TV anda dan banyak lagi dengan alat bantu pendengaran Bluetooth. Serasi dengan peranti Apple dan Android, alat bantu pendengaran ini menawarkan kemudahan dan pengalaman mendengar yang lebih baik. Tempah temu janji anda hari ini untuk menemui peranti yang terbaik untuk anda.

Bagaimanakah Alat Bantu Pendengaran Bluetooth Berfungsi?
Alat bantu pendengaran Bluetooth menggunakan teknologi tanpa wayar untuk bersambung terus kepada telefon pintar, TV dan peranti lain yang mempunyai Bluetooth. Ia berfungsi dengan menghantar gelombang radio melalui saluran berfrekuensi tinggi, membolehkannya menerima isyarat audio daripada peranti tersebut tanpa memerlukan peralatan tambahan. Ini membolehkan anda menstrim panggilan telefon, muzik dan kandungan audio lain terus ke alat bantu pendengaran anda, sekali gus meningkatkan pengalaman mendengar anda.
Alat bantu pendengaran Bluetooth boleh dikawal dari jauh menerusi aplikasi telefon pintar, membolehkan anda melaraskan kelantangan, menukar program dan memperhalusi tetapan secara diskret. Dengan jarak liputan kira-kira 10 meter, anda boleh bergerak dengan bebas sambil menerima audio yang jelas daripada peranti yang disambungkan.
Manfaat Alat Bantu Pendengaran Bluetooth
Sesuaikan citarasa pendengaran anda dan alami kejelasan bunyi, kesalinghubungan serta kawalan yang lebih baik dengan alat bantu pendengaran Bluetooth.

Kejelasan yang lebih baik

Kesalinghubungan yang lebih baik

Kawalan yang lebih baik

Pendengaran yang diperibadikan
Alat Bantu Pendengaran Bluetooth oleh Oticon
Di Hearing Partners, kami membawa pelbagai alat bantu pendengaran Bluetooth daripada Oticon. Serasi dengan aplikasi Oticon Companion, peranti ini membolehkan anda melaraskan tetapan alat bantu pendengaran anda dari jauh dan secara diskret.
Oticon Intent
Oticon Real
Oticon Own
Oticon PlayPX
Oticon Xceed
Oticon Xceed Play
Bercakap dengan profesional penjagaan pendengaran kami untuk mendapatkan nasihat tentang model alat bantu pendengaran Bluetooth yang paling sesuai dengan keperluan dan gaya hidup anda. Tempah temu janji dengan kami hari ini!
Aksesori untuk Alat Bantu Pendengaran Bluetooth

ConnectClip

TV Adapter
Menggunakan Alat Bantu Pendengaran Bluetooth
Soalan Lazim Tentang Alat Bantu Pendengaran Bluetooth
Alat bantu pendengaran Bluetooth secara amnya boleh diharap dan menawarkan manfaat yang ketara kepada pengguna. Ia menyediakan kesalinghubungan yang lancar dengan peranti pintar, membolehkan penstriman audio secara terus dan pelarasan mudah menerusi aplikasi mudah alih. Ia lazimnya mempunyai jarak operasi sehingga 10 meter daripada sumber audio, yang membolehkan komunikasi bebas tangan.
Walaupun ia kadangkala mungkin mengalami masalah sambungan atau hayat bateri yang berkurangan disebabkan ciri Bluetooth, kelemahan ini sering diatasi oleh pengalaman mendengar yang lebih baik dan kemudahan yang ditawarkannya.
Ya, Bluetooth boleh membantu anda mendengar perbualan dengan lebih baik menerusi penstriman audio secara terus dan mikrofon jauh. Penstriman audio secara terus membolehkan bunyi, seperti panggilan telefon atau sembang video, dihantar terus ke alat bantu pendengaran anda, sekali gus menghasilkan audio yang lebih jelas.
Mikrofon jauh, yang sering digandingkan dengan alat bantu pendengaran Bluetooth, menangkap suara penutur dan menghantarnya ke alat bantu pendengaran anda, lalu meningkatkan kejelasan dalam persekitaran bising. Ciri ini menjadikan perbualan lebih mudah diikuti dan lebih menyeronokkan.
Banyak alat bantu pendengaran Bluetooth moden serasi dengan peranti Apple dan Android. Alat bantu pendengaran yang mempunyai teknologi ‘Made for iPhone™’ (MFi) bersambung terus dengan platform iOS, sekali gus mengurangkan penggunaan kuasa bateri.
Bagi pengguna Android, sistem pengendalian versi 10.0 atau lebih tinggi lazimnya diperlukan. Semak dengan profesional penjagaan pendengaran anda jika anda tidak pasti sama ada alat bantu pendengaran anda serasi dengan peranti Apple atau Android.
Di Hearing Partners, alat bantu pendengaran Bluetooth daripada Oticon berharga dari RM2,700 hingga RM19,000. Walaupun kos merupakan salah satu faktor penting untuk dipertimbangkan semasa membeli alat bantu pendengaran, adalah penting untuk mempertimbangkan faktor lain seperti gaya hidup anda. Profesional penjagaan pendengaran kami akan menasihati anda tentang peranti yang paling sesuai dengan keperluan unik anda.
Anda boleh mendapatkan alat bantu pendengaran Bluetooth di mana-mana klinik pendengaran kami di seluruh Malaysia.
Jadualkan Ujian Pendengaran Percuma
Medan yang wajib diisi ditandakan.
