Langkau ke kandungan utama
Hearing Partners
Profesional penjagaan pendengaran memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan

Alat bantu pendengaran dalam telinga (ITE)

Alat bantu pendengaran jenis ini bersifat diskret dan dipakai di dalam telinga.

Justeru, setiap peranti ditempah khas mengikut bentuk dan saiz telinga setiap pemakainya.

Jenis-jenis alat bantu pendengaran ITE

Alat bantu pendengaran IIC, yang juga dikenali sebagai alat bantu pendengaran halimunan, merupakan peranti pendengaran yang paling diskret yang tersedia di Hearing Partners.

Ia dipakai jauh di dalam saluran telinga supaya ia tidak dapat dilihat oleh orang lain. Sebatang ‘pin’ nipis yang diperbuat daripada plastik kemudiannya dipasang pada peranti itu supaya anda boleh menanggalkan alat bantu pendengaran itu dengan lebih mudah.

Adakah alat bantu pendengaran IIC sesuai untuk saya?

Bergantung pada saiz saluran telinga anda, anda mungkin sesuai atau tidak sesuai dengan alat bantu pendengaran IIC. Tambahan pula, ia paling disyorkan untuk individu yang mengalami kehilangan pendengaran ringan hingga sederhana atau teruk.

Ikuti langkah ini jika anda sedang mencari alat bantu pendengaran

Apakah keperluan anda?

Alat bantu pendengaran seharusnya seunik diri anda dan di Hearing Partners kami menawarkan antara peranti boleh atur cara yang paling inovatif di dunia. Sama ada anda pengguna alat bantu pendengaran yang berpengalaman atau baharu, rangkaian kami menawarkan pelbagai penyelesaian yang boleh dipadankan dengan sempurna dengan keperluan pendengaran, gaya hidup dan bajet anda. Ingatlah, pendengaran anda terlalu penting untuk dijadikan projek DIY (Buat Sendiri) dan alat bantu pendengaran yang dibeli daripada internet sememangnya tidak disyorkan.

Bagi memastikan keperluan anda dipenuhi dengan tepat, pemeriksaan pendengaran yang menyeluruh oleh Klinisian Hearing Partners yang bertauliah ialah cara terbaik untuk memulakan proses ini. Klinisian kami akan menilai pendengaran anda dan, jika perlu, mengesyorkan produk daripada rangkaian alat bantu pendengaran Oticon terkemuka dunia kami yang paling memenuhi segala keperluan anda.

Memerlukan alat bantu pendengaran baharu?

Mendapatkan alat bantu pendengaran yang sesuai dengan keadaan kehilangan pendengaran dan gaya hidup anda amat penting dalam meningkatkan kualiti hidup anda. Oleh itu, profesional penjagaan pendengaran kami sedia membantu anda mencari instrumen yang memenuhi keperluan dan citarasa anda.

Jadualkan Ujian Pendengaran Percuma

Medan yang wajib diisi ditandakan.

Saya bersetuju untuk dihubungi mengenai temu janji saya.

Cari klinik pendengaran terdekat anda

Tempah temu janji