Oticon Play PX™
miniRITE R
Oticon Play PX™ ialah alat bantu pendengaran yang direka khas untuk kanak-kanak dan remaja, dilengkapi kebolehan DNN yang termaju.
Boleh Cas Semula
Serasi dengan sistem gelung tele
Bluetooth
Registered under Act 737 | GB6201021-58614
Oticon Play PX™ direka untuk kanak-kanak dan dibuat untuk zaman kanak-kanak
Untuk menyokong perkembangan anak anda dengan cara yang terbaik, Oticon Play PX™ ialah alat bantu pendengaran kanak-kanak pertama di dunia dengan Deep Neural Network. Teknologi ini telah belajar mengenali bunyi menerusi pengalaman, sama seperti cara semula jadi otak kanak-kanak belajar.

Deep Neural Network

Teknologi BrainHearing™

Kesalinghubungan yang Meluas

Bateri Boleh Dicas Semula
Oticon Play PX™ menyokong perkembangan semula jadi dengan memberi akses kepada keseluruhan persekitaran bunyi
Oticon Play PX™ ialah alat bantu pendengaran kanak-kanak pertama di dunia dengan Deep Neural Network terbina dalam yang belajar dengan cara yang sama seperti kanak-kanak belajar – menerusi pengalaman. Bersama Polaris™ – platform kami yang paling pintar pernah dihasilkan – ia memberi anak anda akses kepada keseluruhan persekitaran bunyi supaya otak mereka dapat berkembang secara semula jadi.
Direka untuk menghadapi ujian zaman kanak-kanak
Oticon Play PX™ dibuat untuk pengembaraan kehidupan muda yang aktif, dan direka dengan mengambil kira keselamatan.

Diperakui IP68

Lampu LED

Bebas alergen

Kalis usik
Direka untuk kegunaan harian kanak-kanak dan remaja
Aksesori yang serasi
Oticon SmartCharger
Oticon SmartCharger ringan, mudah alih dan sesuai untuk pengecasan semasa dalam perjalanan, tersedia untuk alat bantu pendengaran miniRITE dan miniBTE terpilih.
Pengecas Meja Oticon
Direka untuk kegunaan di rumah atau pejabat, Pengecas Meja Oticon mempunyai reka bentuk yang anggun dan padat serta muat diletakkan di mana sahaja atas meja belajar atau meja sisi anda.
ConnectClip
Ubah alat bantu pendengaran anda menjadi set kepala wayarles dengan ConnectClip dan nikmati panggilan bebas tangan serta penstriman muzik terus dari telefon pintar anda.
TV Adapter 3.0
Oticon TV Adapter 3.0 membolehkan anda menstrim bunyi terus daripada TV anda ke alat bantu pendengaran.
Remote Control 3.0
Remote Control 3.0 memudahkan anda melaraskan alat bantu pendengaran pada jarak sehingga 1.8 meter.
EduMic
EduMic membantu anda mendengar dengan jelas apabila jarak atau bunyi latar belakang menyukarkan perbualan.
Phone Adapter 2.0
Dengan Phone Adapter 2.0, anda boleh menyambungkan alat bantu pendengaran Oticon anda ke talian tetap tradisional dengan mudah.
Jadualkan Ujian Pendengaran Percuma
Medan wajib ditandakan.
